This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru Daerah Kulai - 27.5.09


Chief Mediaclique iaitu En. Mokhtar memberikan taklimat kepada Krew Mediaclique tentang perjalanan dan tugasan krew semasa Sambutan Hari Guru Daerah Kulai.

Krew membuat persiapan sebelum majlis dimulakan


Kali ini sambutan Hari Guru Daerah diadakan di Foon Yew High School Kulai pada 27.5.09. Raptai diadakan sehari sebelumnya..Ahli-ahli yang bertugas adalah Mokhtar, Mohd Alwi, Yackob, Rohaizat, Mohd Farid, Shida, Ayatulkausar, Faizurin. Setting pentas agak rumit kerana dewan nya berbentuk auditorium..syabas kepada krew yang memastikan perjalanan majlis yang lancar..

Monday, May 18, 2009

Karnival Antidadah Peringkat Negeri-16.5.2009

Hari Guru 16.Mei pun ada event juga..Karnival Antidadah diadakan di tempat berlainan. Dikir Barat-TJ Mart. Starp-ePPDa, SK. Bandar Putra-Sajak, SMK Senai- Nasyid. Ahli yang bertugas; Mokhtar, Mohd Alwi, Faizurin, Shida, Taslim, AyatulKausar(ahli baru). Acara bermula 9 pagi manakala majlis penutup pada pukul 3 petang di Dewan SMK Senai.

Kawad Kaki NGO Peringkat Negeri-14.5.2009

Event seterusnya ialah Pertandingan Kawad kaki yang dijalankan di SMK Kota Kulai. Sebanyak 10 buah sekolah dari Daerah Negeri Johor mengambil bahagian. Acara dimulakan pukul 11 pagi dan penutupnya pada pukul 3 petang. Ahli yang terlibat; Faizurin, Mohd Alwi, Ijat, Taslim.

Karnival Kesenian dan Kebudayaan

Bertugas di Karnival Kesenian melibatkan tiga tempat yang berbeza. Pertandingan Koir-SMK Bndar Putra, Pertandingan Kompang-SK Bandar Putra dan Tarian-IOI Mall. Ahli yang terlibat; Yackob, Md.Alwi, Faizurin, Taslim, Shida.

Wednesday, April 8, 2009

Tugas dan tanggungjawab..


Tugas yang diamanahkan pada Team Mediaclique dijalankan sebaik mungkin. Biarpun ia dijalankan semasa hari minggu atau hari cuti, itu adalah satu tugas yang mesti dilaksanakan..
Sewaktu jamuan makan malam ASAT..Selepas perbincangan dan memasang peralatan..sama-sama melihat hasilnya sebelum dipertontonkan kapada para hadirin..

Tuesday, March 31, 2009

Karnival Pendidikan Daerah Kulai


Karnival Pendidikan Daerah diadakan pada 26-27.3.2009 bertempat di IOI Mart, Kulai. Bertugas sebagai AJK penggambaran bersama Syida dan Ijan selama dua hari aktiviti karnival tersebut.

Faiz dan Ijat juga datang memberi sokongan kepada Team Media. Kerjasama yang baik amat dihargai terutama bila ahli Team ini hanya tinggal beberapa orang saja..
Mana Shida ni..Oh..rupanya sedang relax di Booth SMV Indahpura..Tugas tetap tugas, sekali sekala nak juga cuba sesuatu yang baru...hehe..

Monday, March 30, 2009

Penggambaran Kawadkaki Daerah 2009



Hari ini 30.3.2009 saya bertugas sebagai AJK Penggambaran di SK. Taman Kota Kulai. Sebanyak 14 pasukan Kawadkaki yang mengambil bahagian. Agak penat juga la,sebab jadi jurugambar sorang saja. Sekejap-sekejap kena jenguk peralatan dokumentasi seperti Laptop, Modem 3g, Kamera yang semuanya HAK MILIK SENDIRI..bukan hak milik sekolah. Jika hilang, tak ada siapa yang peduli..itulah nasib jurugambar yang tak dapat apa-apa peruntukan pun.. kadang-kadang, makan minum pun pihak penganjur tak ambil tau..yang mereka tau, gambar ada dan laporan siap..itulah dunia. Tapi yang paling mengecewakan bila ajk yang asalnya 3 orang dah tinggal saya seorang je.Faizal yang dilantik awal ada taklimat hari ini dengan JPN. Cik Suhaila pula tak dibenarkan keluar atas alasan dia guru Tahun 6. Yang bagusnya, Suhaila datang juga sebagai jurulatih kawad dan dapat juga menolong saya siapkan laporan/dokumentasi kawadkaki ini..jika kena buat sendiri+ambil gambar lagi..pasti tak terbuat la laporan yang PPD nak tu..
Cuaca panas terik menguji ketahanan peserta..Jurugambar juga tak terkecuali..panas ke..hujan ke..terpaksa juga jalankan tugas yang telah diserahkan..Cuma kalau ada masa tanya la..dah makan ke belum..bukan apa..takut tumbang depan majlis nanti..sapa nak hantar ke hospital..