This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 15, 2010

Event Media clique 2010

1.Mesyuarat KSPPD Di Hotel Mecure dan Palm Resort Senai

Tuesday, October 13, 2009

Membazir...

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..


Dipetik dari..Isuhangat.

Thursday, July 23, 2009

Kursus Asas Fotografi di SMPKVIP..


Kursus Asas Fotografi ini diadakan pada 22-23.7.2009 di SM Pendidikan Khas Vokasioanal Indahpura Kulai. Penyelaras PKG Bandar Kulai, En. Mokhtar Omar telah memberikan Panduan tentang asas penggunaan Kamera DSLR dan juga kamera kompak.
Peserta adalah terdiri dari GPM daerah Kulai seramai 33 orang. Aktiviti kursus yang padat dan menguji kreativiti peserta telah dijalankan dengan jayanya. Para peserta diminta mengambil gambar dan hasilnya dinilai oleh peserta dan juga fasilitator.
Proses editing gambar menggunakan photoshop dibawah kelolaan Cikgu Norshamsidah juga begitu menyeronokkan. Peserta didedahkan dengan teknik yang biasa digunakan dalam proses editing. Namun ada juga peserta yang telah dapat menguasai teknik yang belum diajarkan.
Pada akhir kursus, peserta diminta menghasilkan gambar yang diedit dengan photoshop. Gambar yang paling kreatif dan istimewa diberi hadiah. Tiga peserta telah menerima hadiah dari Pengerusi GPM.
Kesimpulannya, kursus ini amat berfaedah dan begitu bermakna buat guru-guru yang telah menyertainya. Tahniah kepada Fasilitator iaitu En. Mokhtar, Cik Norshamsidah dan Puan Faezah..

Wednesday, July 15, 2009

Bengkel Video Di PKG Sungai Sayong..

Balik dari Melaka, saya ke PKG Sungai Sayong pula..untuk menghadiri Bengkel Penghasilan video pengajaran Guru Daerah Kulai. Team Mediaclique diberi tugas untuk menyiapkan sejumlah video contoh pengajaran guru..
Pada pagi Khamis 16.7.09 taklimat dan pembahagian tugas oleh Chief kami, En. Mokhtar..itulah rutin yang biasa bagi kami semua..dapat tugas, taklimat dan teruskan kerja yang diamanahkan..

Sunday, July 12, 2009

Kem Motivasi Zon 2 di Straits Meridian Melaka..


Bermula 13-15 Julai, iaitu dari hari ni..saya ke Melaka untuk Program Motivasi selepas Zon 1 di Mersing hari tu. kerja nya macam biasa..dokumentasi dan penggambaran..

Sunday, July 5, 2009

Takziah buat rakan kami..Taslim..

Saya dan rakan Mediaclique mengucapkan Takziah kepada ahli Mediaclique iaitu Taslim B Hj. Rushdi atas pemergian bapanya yang tersayang..Sewaktu hayatnya, arwah Hj. Rushdi atau dikenali sebagai Cikgu Rushdi di Taman Manis, amat mengambil berat jika ada penduduk Taman Manis yang sakit atau meninggal dunia..Semasa bapa mertua saya meninggal dunia di rumah saya..Allahyarham telah datang bersama isterinya menziarahi dan bertahlil di rumah saya. Sesungguhnya kami turut bersedih atas pemergian beliau. Kepada Taslim dan Cikgu Hjh. Anita..Takziah dari kami semua..Al-Fatihah..

Wednesday, July 1, 2009

Kem Motivasi Nadwah Islamiah Kwapm 2009


Mulai 1-3 Julai, saya ke Program Kem Motivasi Nadwah Islamiah Kwapm Zon 1, yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Mersing..Sebagai AJK dokumentasi bersama Morshidi B Mokti, kami dikehendaki menyiapkan laporan perjalanan kursus sebaik sahaja kursus selesai pada hari ketiga. itu baru zon 1 tapi kami juga terlibat dengan zon 2 yang diadakan di Melaka pada 13-15 Julai nanti..tugas sebagai guru..ada macam2..