Thursday, July 23, 2009

Kursus Asas Fotografi di SMPKVIP..


Kursus Asas Fotografi ini diadakan pada 22-23.7.2009 di SM Pendidikan Khas Vokasioanal Indahpura Kulai. Penyelaras PKG Bandar Kulai, En. Mokhtar Omar telah memberikan Panduan tentang asas penggunaan Kamera DSLR dan juga kamera kompak.
Peserta adalah terdiri dari GPM daerah Kulai seramai 33 orang. Aktiviti kursus yang padat dan menguji kreativiti peserta telah dijalankan dengan jayanya. Para peserta diminta mengambil gambar dan hasilnya dinilai oleh peserta dan juga fasilitator.
Proses editing gambar menggunakan photoshop dibawah kelolaan Cikgu Norshamsidah juga begitu menyeronokkan. Peserta didedahkan dengan teknik yang biasa digunakan dalam proses editing. Namun ada juga peserta yang telah dapat menguasai teknik yang belum diajarkan.
Pada akhir kursus, peserta diminta menghasilkan gambar yang diedit dengan photoshop. Gambar yang paling kreatif dan istimewa diberi hadiah. Tiga peserta telah menerima hadiah dari Pengerusi GPM.
Kesimpulannya, kursus ini amat berfaedah dan begitu bermakna buat guru-guru yang telah menyertainya. Tahniah kepada Fasilitator iaitu En. Mokhtar, Cik Norshamsidah dan Puan Faezah..

0 comments:

Post a Comment