This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, October 13, 2009

Membazir...

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..


Dipetik dari..Isuhangat.

Thursday, July 23, 2009

Kursus Asas Fotografi di SMPKVIP..


Kursus Asas Fotografi ini diadakan pada 22-23.7.2009 di SM Pendidikan Khas Vokasioanal Indahpura Kulai. Penyelaras PKG Bandar Kulai, En. Mokhtar Omar telah memberikan Panduan tentang asas penggunaan Kamera DSLR dan juga kamera kompak.
Peserta adalah terdiri dari GPM daerah Kulai seramai 33 orang. Aktiviti kursus yang padat dan menguji kreativiti peserta telah dijalankan dengan jayanya. Para peserta diminta mengambil gambar dan hasilnya dinilai oleh peserta dan juga fasilitator.
Proses editing gambar menggunakan photoshop dibawah kelolaan Cikgu Norshamsidah juga begitu menyeronokkan. Peserta didedahkan dengan teknik yang biasa digunakan dalam proses editing. Namun ada juga peserta yang telah dapat menguasai teknik yang belum diajarkan.
Pada akhir kursus, peserta diminta menghasilkan gambar yang diedit dengan photoshop. Gambar yang paling kreatif dan istimewa diberi hadiah. Tiga peserta telah menerima hadiah dari Pengerusi GPM.
Kesimpulannya, kursus ini amat berfaedah dan begitu bermakna buat guru-guru yang telah menyertainya. Tahniah kepada Fasilitator iaitu En. Mokhtar, Cik Norshamsidah dan Puan Faezah..

Wednesday, July 15, 2009

Bengkel Video Di PKG Sungai Sayong..

Balik dari Melaka, saya ke PKG Sungai Sayong pula..untuk menghadiri Bengkel Penghasilan video pengajaran Guru Daerah Kulai. Team Mediaclique diberi tugas untuk menyiapkan sejumlah video contoh pengajaran guru..
Pada pagi Khamis 16.7.09 taklimat dan pembahagian tugas oleh Chief kami, En. Mokhtar..itulah rutin yang biasa bagi kami semua..dapat tugas, taklimat dan teruskan kerja yang diamanahkan..

Sunday, July 12, 2009

Kem Motivasi Zon 2 di Straits Meridian Melaka..


Bermula 13-15 Julai, iaitu dari hari ni..saya ke Melaka untuk Program Motivasi selepas Zon 1 di Mersing hari tu. kerja nya macam biasa..dokumentasi dan penggambaran..

Sunday, July 5, 2009

Takziah buat rakan kami..Taslim..

Saya dan rakan Mediaclique mengucapkan Takziah kepada ahli Mediaclique iaitu Taslim B Hj. Rushdi atas pemergian bapanya yang tersayang..Sewaktu hayatnya, arwah Hj. Rushdi atau dikenali sebagai Cikgu Rushdi di Taman Manis, amat mengambil berat jika ada penduduk Taman Manis yang sakit atau meninggal dunia..Semasa bapa mertua saya meninggal dunia di rumah saya..Allahyarham telah datang bersama isterinya menziarahi dan bertahlil di rumah saya. Sesungguhnya kami turut bersedih atas pemergian beliau. Kepada Taslim dan Cikgu Hjh. Anita..Takziah dari kami semua..Al-Fatihah..

Wednesday, July 1, 2009

Kem Motivasi Nadwah Islamiah Kwapm 2009


Mulai 1-3 Julai, saya ke Program Kem Motivasi Nadwah Islamiah Kwapm Zon 1, yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Mersing..Sebagai AJK dokumentasi bersama Morshidi B Mokti, kami dikehendaki menyiapkan laporan perjalanan kursus sebaik sahaja kursus selesai pada hari ketiga. itu baru zon 1 tapi kami juga terlibat dengan zon 2 yang diadakan di Melaka pada 13-15 Julai nanti..tugas sebagai guru..ada macam2..

Monday, June 15, 2009

Bangunan PKG Bandar Kulai yang lama..



Bermula pada 30.5.2009, bangunan PKG Bandar Kulai yang terletak di SK Polis Kem telah mula dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Selepas sebegitu lama PKG ini berbakti pada warga pendidikan di Bandar Kulai, ia nya perlu akur pada peredaran semasa. Sememangnya PKG bandar Kulai banyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada seluruh warga pendidikan di sini. Kini, PKG Bandar Kulai mula beroperasi dari Kuartes Pendidikan Indahpura, Kulai.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru Daerah Kulai - 27.5.09


Chief Mediaclique iaitu En. Mokhtar memberikan taklimat kepada Krew Mediaclique tentang perjalanan dan tugasan krew semasa Sambutan Hari Guru Daerah Kulai.

Krew membuat persiapan sebelum majlis dimulakan


Kali ini sambutan Hari Guru Daerah diadakan di Foon Yew High School Kulai pada 27.5.09. Raptai diadakan sehari sebelumnya..Ahli-ahli yang bertugas adalah Mokhtar, Mohd Alwi, Yackob, Rohaizat, Mohd Farid, Shida, Ayatulkausar, Faizurin. Setting pentas agak rumit kerana dewan nya berbentuk auditorium..syabas kepada krew yang memastikan perjalanan majlis yang lancar..

Monday, May 18, 2009

Karnival Antidadah Peringkat Negeri-16.5.2009

Hari Guru 16.Mei pun ada event juga..Karnival Antidadah diadakan di tempat berlainan. Dikir Barat-TJ Mart. Starp-ePPDa, SK. Bandar Putra-Sajak, SMK Senai- Nasyid. Ahli yang bertugas; Mokhtar, Mohd Alwi, Faizurin, Shida, Taslim, AyatulKausar(ahli baru). Acara bermula 9 pagi manakala majlis penutup pada pukul 3 petang di Dewan SMK Senai.

Kawad Kaki NGO Peringkat Negeri-14.5.2009

Event seterusnya ialah Pertandingan Kawad kaki yang dijalankan di SMK Kota Kulai. Sebanyak 10 buah sekolah dari Daerah Negeri Johor mengambil bahagian. Acara dimulakan pukul 11 pagi dan penutupnya pada pukul 3 petang. Ahli yang terlibat; Faizurin, Mohd Alwi, Ijat, Taslim.

Karnival Kesenian dan Kebudayaan

Bertugas di Karnival Kesenian melibatkan tiga tempat yang berbeza. Pertandingan Koir-SMK Bndar Putra, Pertandingan Kompang-SK Bandar Putra dan Tarian-IOI Mall. Ahli yang terlibat; Yackob, Md.Alwi, Faizurin, Taslim, Shida.

Wednesday, April 8, 2009

Tugas dan tanggungjawab..


Tugas yang diamanahkan pada Team Mediaclique dijalankan sebaik mungkin. Biarpun ia dijalankan semasa hari minggu atau hari cuti, itu adalah satu tugas yang mesti dilaksanakan..
Sewaktu jamuan makan malam ASAT..Selepas perbincangan dan memasang peralatan..sama-sama melihat hasilnya sebelum dipertontonkan kapada para hadirin..

Tuesday, March 31, 2009

Karnival Pendidikan Daerah Kulai


Karnival Pendidikan Daerah diadakan pada 26-27.3.2009 bertempat di IOI Mart, Kulai. Bertugas sebagai AJK penggambaran bersama Syida dan Ijan selama dua hari aktiviti karnival tersebut.

Faiz dan Ijat juga datang memberi sokongan kepada Team Media. Kerjasama yang baik amat dihargai terutama bila ahli Team ini hanya tinggal beberapa orang saja..
Mana Shida ni..Oh..rupanya sedang relax di Booth SMV Indahpura..Tugas tetap tugas, sekali sekala nak juga cuba sesuatu yang baru...hehe..

Monday, March 30, 2009

Penggambaran Kawadkaki Daerah 2009



Hari ini 30.3.2009 saya bertugas sebagai AJK Penggambaran di SK. Taman Kota Kulai. Sebanyak 14 pasukan Kawadkaki yang mengambil bahagian. Agak penat juga la,sebab jadi jurugambar sorang saja. Sekejap-sekejap kena jenguk peralatan dokumentasi seperti Laptop, Modem 3g, Kamera yang semuanya HAK MILIK SENDIRI..bukan hak milik sekolah. Jika hilang, tak ada siapa yang peduli..itulah nasib jurugambar yang tak dapat apa-apa peruntukan pun.. kadang-kadang, makan minum pun pihak penganjur tak ambil tau..yang mereka tau, gambar ada dan laporan siap..itulah dunia. Tapi yang paling mengecewakan bila ajk yang asalnya 3 orang dah tinggal saya seorang je.Faizal yang dilantik awal ada taklimat hari ini dengan JPN. Cik Suhaila pula tak dibenarkan keluar atas alasan dia guru Tahun 6. Yang bagusnya, Suhaila datang juga sebagai jurulatih kawad dan dapat juga menolong saya siapkan laporan/dokumentasi kawadkaki ini..jika kena buat sendiri+ambil gambar lagi..pasti tak terbuat la laporan yang PPD nak tu..
Cuaca panas terik menguji ketahanan peserta..Jurugambar juga tak terkecuali..panas ke..hujan ke..terpaksa juga jalankan tugas yang telah diserahkan..Cuma kalau ada masa tanya la..dah makan ke belum..bukan apa..takut tumbang depan majlis nanti..sapa nak hantar ke hospital..

Tuesday, March 24, 2009

Sepakat dan bersemangat..



Berbincang sesama ahli Mediaclique bagi memastikan segala peralatan berfungsi dan mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul. Persefahaman adalah penting bagi menjalankan tugas.

Wednesday, March 18, 2009

Kerja dan tugas..


Dari kiri; Shida, Izat, Faiz, Fiza, Yackob..berehat sebentar selepas
segala peralatan multimedia dipasang dan duji..

Memori Mediaclique


Dari kiri; Yackob, Awi, Faiz,Mokhtar, Hj. Mat Sam..sebelum majlis bermula..


Proses editing still image, video dan grafik dijalankan oleh Mokhtar,Suhaimi dan Azmi.



Adam dan Zaki pastikan kamera setting tepat dan sempurna..



Krew bekerjasama memasang alatan sebelum tayangan multimedia..


Krew yang mengawal peralatan multimedia memastikan semuanya ok..

Monday, March 16, 2009

Hari Anugerah Kualiti PPD Kulai


Hari Anugerah Kualiti PPD Kulai pada tahun ini telah diadakan pada
21.2.2009. Tahun ini juga buat pertama kalinya Team Mediaclique
telah diberi penghargaan kerana penglibatan mereka dalam aktiviti
multimedia pada peringkat daerah, negeri juga kebangsaan. Kami
berasa terharu dan bangga atas penghargaan yang diberikan.

Krew Mediaclique menikmati hidangan sambil berbincang mengenai
tugasan yang akan dilaksanakan pada tahun 2009 ini.

Sukan Zon Utara 17-18.2.2009


Antara aktiviti pertama Team Mediaclique pada tahun 2009
ialah mengambil gambar pada Kejohanan Sukan Zon Utara di
Stadium Kulai Jaya. Kejohanan ini telah di jalankan pada
17-18.2.2009..Saya, Shida, Izat dan En. Mokhtar berada di sana
untuk menjalankan tugasan dari PPD.

Tuesday, February 24, 2009